JOHOR BAHRU – Ranhill SAJ akan menempatkan 27 lori tangki air dan 294 tangki air statik di beberapa kawasan hotspot seluruh Johor sebagai persiapan menangani isu kekurangan bekalan air di beberapa daerah.

Ia merupakan persediaan Ops Aidilfitri 2024 yang bermula hari ini hingga 17 April ini sebagai persediaan gangguan air di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau telah mengarahkan syarikat tersebut untuk membuat segala persediaan berhubung isu itu.

“Seperti yang semua sedia maklum, cuaca panas telah berlaku sepanjang bulan lalu hingga kini, yang mengakibatkan paras air di empangan dan tangki air menurun di beberapa kawasan.

“Justeru, langkah-langkah yang akan dan sedang diambil termasuklah inisiatif Pengolahan Sistem Bekalan Air Loji Rawatan Air (LRA) Layang 2 telah mula beroperasi, yang akan menyelesaikan masalah bekalan air di sekitar kawasan Kempas, Bukit Indah dan Pandan.l,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut Onn Hafiz, langkah lain turut dilakukan ialah pemasangan Pam Penggalak (Booster Pump) di Tangki Mengkibol, pengoperasian ‘Inline Injection’ dengan menggunakan lori tangki berkapasiti 42-45 tan sebagai Bekalan Air Tambahan melalui pili bomba. – MalaysiaGazette

“Antara lain adalah projek menaiktaraf Sistem Agihan (Pemasangan Paip Mild Steel Bersaiz 450mm & 500mm) sepanjang 1.4KM ke Tangki Layang-Layang dan cadangan alternatif pm “pontoon” di Empangan Sembrong Barat untuk abstrak air mentah ke LRA Sembrong Barat bagi meningkatkan pengeluaran air terawat,” katanya. – MalaysiaGazette