Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUANTAN – “Meraikan hari kemenangan pada bulan Syawal tiada salahnya, namun perlu mengikut kemampuan,” titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda menasihati rakyat agar bersederhana dalam meraikan Aidilfitri.

Ujar baginda, apa yang lebih utama dengan memelihara ukhwah dan silaturahim dalam kalangan umat Islam semasa merai kemengangan pada Shawal.

“Namun jika sampai keadaan kita berhutang dan meminjam semata-mata, itu untuk memeriahkan hari-hari pada bulan Syawal nanti, maka ini bukan tindakan bijaksana.

“Besederhana sambutan Aidilfitri  nanti kerana kemeriahan dan kegembiraan pagi syawal, bukan terletak kepada banyakanya berbelanja tetapi bergantung kepada kasihnya silatulrahim kita sesama keluarga, jiran tetangga, sanak- saudara, dan tetamu yang tiba,” titah  baginda.

Tengku Hassanal yang juga merupakan pro-canselor UMPSA turut mengingatkan agar semua umat Islam memburu 10 malam terakhir Ramadan dengan meningkatkan amal ibadat.

“Saya yakin dan percaya  setiap daripada kita mempunyai cara tersendiri mengimarahkan bulan suci ini.

“Ada yang mengambil peluang dalam program bersifat sukarelawan membantu golongan yang kurang bernasib baik, ada yang mengambil peluang mrlalui program perkongsian ilmu,” titahnya.

Sementara itu, Tengku Hassanal menyaksikan penyerahan dana Yayasan UMPSA sebanyak RM1.8 juta bagi tujuan kebajikan dan pembangunan mahasiwa tahun ini.

“Saya dimaklumkan pihak UMPSA menyantuni golongan memerlukan melalui program berbuka puasa dan singgah sahur percuma serta penyampaian sumbangan dengan peruntukan sebanyak RM250,000,” titah baginda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast