Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil beramah mesra bersama tetamu ketika hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Agensi Penguatkuasaan di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 04 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengesan beberapa individu yang menghantar mesej di laman media sosial yang menyatakan majlis Tilawah Al-Quran tidak diadakan pada tahun ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihaknya telah mengenalpasti identiti individu terbabit.

“SKMM akan memanggil mereka untuk merakam percakapan dalam masa terdekat,” katanya selepas majlis Berbuka Puasa SKMM Bersama Agensi-Agensi Penguatkuasa, di sini, hari ini.

Menurut Fahmi, perbuatan mereka bukan sekadar gurauan, sebaliknya ia satu telah dirancang.

“Ini bukan kali pertama malah ada yang berkata tindakan menghantar mesej secara tersusun ini sudah bermula sejak awal Februari tahun ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast