Razali Idris

KUALA LUMPUR – Sebuah parti politik didakwa menganjurkan  majlis berbuka puasa di sebuah restoran yang tiada sijil halal di ibu negara baru-baru ini.

Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris mendakwa ia berlaku pada 3 April lalu di pusat beli-belah NU Sentral.

“Apakah Menteri Agama terlalu selesa dalam jawatan sehingga tidak menegur perkara ini? Bagaimana restoran yang tidak ada pensijilan halal boleh sewenangnya menggunakan promosi bufet Ramadan?

“Sejak bila pengusaha tanpa sijil halal JAKIM dibenarkan menggunakan promosi dengan perkataan Ramadan? Bukankah pengusaha hotel atau premis makanan yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, tidak dibenarkan membuat pengiklanan bufet Ramadan menggunakan perkataan yang mengelirukan umat Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Premis makanan yang tidak mempunyai sijil pengesahan tersebut, boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan KPDNHEP.

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku apatah lagi parti politik yang dikatakan itu mentadbir negara dan sekarang dilihat seolah-olah mereka sewenang-wenangnya melanggar undang-undang?

“Kalau benar perkara ini berlaku, pohon siasatlah. Pohon jua umat Islam berhati-hati untuk iftar pada minggu terakhir Ramadan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast