KUALA LUMPUR – “Pastikan tiada lagi kecurangan dalam kalangan anggota yang boleh menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara,” pesan perdana menteri kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pesanan itu dibuat supaya semua anggota kastam dan imigresen yang bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.
Nasihat itu dibuat semasa membuat lawatan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam.
Melalui hantaran di Facebook, Anwar berkata, lawatan untuk melihat sendiri pengurusan dan fasiliti lapangan terbang serta penugasan anggota kastam dan imigresen. – MalaysiaGazette