Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR – Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan penahanan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh di Kota Kinabalu semalam adalah keterlaluan.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan itu boleh menimbulkan perasaan kurang senang oleh sesetengah pihak tatkala kes-kes berkaitan agama seperti salah seorang ahli Parlimen kerajaan yang didakwa menggunakan ayat suci al-Quran tidak pula ditangkap.

Malah, kepimpinan parti kerajaan yang terus menerus mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan agama dan kaum tidak pula ditangkap, hanya sekadar siasatan sahaja.

“Mana mungkin panggilan untuk memboikot boleh dianggap telah melakukan suatu jenayah?,” soalnya.

Wan Ahmad Fayshal berkata, Armada Bersatu memandang serius penahanan Dr. Akmal di Sabah, apatah lagi Ketua Pemuda UMNO itu sudah pun dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi keesokan harinya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mempersoalkan pendirian DAP dalam isu penahanan Dr Akmal ini kerana parti itu merupakan penentang Akta Hasutan.

Sambil menzahirkan rasa simpati dan bersolidariti ke atas Dr. Akmal, beliau berkata, sudah tiba masanya keseluruhan akar umbi Pemuda UMNO mempertimbangkan kedudukan mereka di dalam gabungan Pemuda dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya tiada keikhlasan dari rakan-rakan komponen yang lain untuk mempertahankan asas-asas perjuangan agama, bangsa dan tanah air lebih-lebih lagi dalam hal melibatkan kesucian kalimah Allah dan ketinggian Islam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Yeap setuju..UMNO perlu keluar dari BN…yg mulut sangat jahat dlm BN menghentam Dr. Akmal tu ialah pemimpin MCA yg tak sedar diri..menang pun atas sokongan UMNO..lg mau tunjuk lagak…

Comments are closed.