Gambar Hiasan.

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor menyediakan 23 bas bagi membawa pulang 1,000 mahasiswa dari negeri itu yang menuntut di 11 institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara secara percuma sempena perayaan Aidilfitri.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2024 yang bermula 29 Mac lepas hingga semalam.

“Inisiatif ini bagi memastikan mahasiswa Johor yang merantau jauh di IPT seluruh Malaysia pulang ke selatan tanah air dengan selesa dan selamat serta dapat mengurangkan bebanan kos pengangkutan untuk beraya bersama keluarga tercinta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aznan berkata, antara IPT terlibat adalah Universiti Malaysia Perlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu.

Beliau berkata, inisiatif tersebut turut mendapat kerjasama Yayasan Pelajaran Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Gabungan Anak Johor dan Persatuan-Persatuan Mahasiswa Anak Johor. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast