KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mendakwa beliau terkejut dengan kasut yang dibelinya yang memaparkan logo dipercayai seakan kalimah Allah.

Pelayar Facebook, Mohd Haridz yang membeli sepasang kasut buat isteri mendedahkan terdapat seakan perkataan Allah pada tapaknya.

“Ini berita yang membuat kita (umat Islam) marah, pada 30 Mac lalu saya ada beli kasut untuk Aidilfitri, (ada sebut nama kedai) di Kuantan Parade.

“Isteri saya minat dengan sepasang kasut, kasut ini lepas beli tidak pernah buka dan letak dalam bilik, hari ini saya terdetik hati nak buka tapi bila semak, nampak ada (dakwaan) kalimah Allah pada tapak kasut,” katanya.

Video berdurasi tiga minit itu kini tular di aplikasi X, Facebook dan Tiktok dengan lebih 555,000 tontonan. 

Malah Mohd Haridz turut mendakwa kalimah Allah pada tapak kasut itu jelas dan tidak menyangka perbuatan tersebut dilakukan oleh pembuat kasut berkenaan.

“Kami tidak tahu apa motif mereka keluarkan kasut sebegini dengan logo di tapak kaki.

“Esok sana nak pergi ke kedai tersebut dan tanya apa motif mereka,” katanya.

Menerusi resit yang dipaparkan, kasut berwarna krim itu berharga RM100 sepasang.

Sebelum ini, KK Super Mart dikecam teruk kerana didapati menjual stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di salah satu cawangannya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

KK Super Mart dalam satu kenyataan berkata, tindakan serta-merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi..ada reaksi ..minta maaf..melayu Islam pun terima. Selang satu dua minggu keluar lagi dan lagi dan lagi…minta maaf habis cerita.
    SAMPAI BILA KITA NAK TELAN DGN PENGHINAAN DEMI PENGHINAAN.

Comments are closed.