KUALA LUMPUR – Walaupun suasana ekonomi kurang memberangsangkan tahun ini namun duit raya tetap duit raya terutama kepada kanak-kanak.
Seperti tradisi, pengurusan Surau Nur Iman kelmarin mengadakan pemberian duit raya awal kepada kanak-kanak di Taman Kencana.
Seperti biasa hampir 200 kanak-kanak dan remaja beratur beramai-ramai seusai majlis iftar perdana di surau yang berkenaan.
Ia turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah, Izham Hashim.
Pengerusi Surau Nur Iman, Suhaimi Arshad berkata, sambutan hari raya lebih bermakna kepada kanak-kanak dan pihaknya meneruskan amalan sedekah yang bermula sejak tahun lalu itu.
“Lagi pun, sedekah pada bulan Ramadan lebih digalakkan. Kali ini kami bermula dengan iftar perdana, solat Maghrib dan pemberian duit raya sebelum meneruskan solat Isyak dan tarawih,” ujarnya.
Video Berkaitan
Walaupun suasana ekonomi kurang memberangsangkan tahun ini namun duit raya tetap duit raya terutama kepada kanak-kanak.
Seperti tradisi, pengurusan Surau Nur Iman kelmarin mengadakan pemberian duit raya awal kepada kanak-kanak di Taman Kencana.
Seperti biasa hampir 200… pic.twitter.com/bJtmPvEJdo
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) April 8, 2024
Menurut Suhaimi, melalui cara itu, ia dapat membentuk minat kanak-kanak mendekati dan mengimarahkan surau terutama pada bulan Ramadan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli kariah yang menjadi pemberi duit raya, kali ini sangat meriah sampai ada yang bawa beg plastik untuk bawa angpau raya,” katanya. – MalaysiaGazette