KUALA LUMPUR – Sebanyak 50 tan beras diinfakkan kepada 10,000 orang memerlukan terutama wanita dan ibu tunggal daripada jenama penjagaan kulit, The Raw.
Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw itu dijayakan bersama Pertubuhan Kebajikan RichWorks (RichWell) dan Enrichment Media Lab Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GERAKWANIS).
Wakil syarikat The Raw International Sdn Bhd, Nor Amira Amizan berkata, tujuan utama sumbangan itu untuk meringankan beban golongan yang memerlukan dalam meraikan Syawal tidak lama lagi.
“Menyedari pelbagai cabaran termasuk kenaikan kos sara hidup memanggil The Raw untuk bekerjasama dengan beberapa organisasi untuk membantu mereka yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya.
Wakil Syarikat The Raw International Sdn Bhd, Nor Amira Amizan (tengah) dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia ketika Majlis Serahan Sumbangan & Infaq 10,000 Kampit Beras di Rumah Presiden Gerakwanis, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 08 APRIL 2024.Beliau berkata demikian selepas majlis Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw yang diadakan di Rumah Presiden Gerakwanis di ibu negara hari ini.
Tambah Nor Amira, inisiatif yang dijalankan itu merupakan salah satu budaya dan nilai yang diterapkan dalam syarikatnya bagi memberi kembali kepada masyarakat.
Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw menginfak baki 3,000 daripada 10,000 kampit beras kepada wakil dari NGO, surau, madrasah tahfiz serta wakil penduduk Bandar Tun Razak dan Cheras di D’Sultanaa Event Hall.
Terdahulu, kira-kira 3,000 kampit beras telah diagihkan di Perumahan Awam Desa Rejang dengan sokongan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang serta Gabungan Pengerusi-Pengerusi Penduduk PA PPR DBKL WPK. – MalaysiaGazette