KUALA LUMPUR – Seluruh umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, esok.

Pengumuman itu dibuat secara langsung oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja,
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh
Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari
Rabu, 10 hb. April 2024,” katanya. – MalaysiaGazette