Home Seni Hidup Suami bawa kekasih shopping raya diserang isteri

Suami bawa kekasih shopping raya diserang isteri

TEMERLOH – Sebuah video tular sejak semalam memaparkan seorang isteri menyergah seorang wanita yang didakwa penyondol rumah tangganya ketika sedang membeli-belah.

“Bro!! Curang kat sini ya. Curang ke? Kau curang ke? Kau curang ke?” soal si isteri kepada suaminya dalam video tersebut.

Si isteri bertindak mengekori suami  sambil bertempik namun tidak diendah oleh mereka dalam video berdurasi satu minit 30 saat itu.

“Biar semua orang tahu. Woi kau tahu tak, dia ni laki orang?” tempik isteri kepada wanita berbaju merah jambu muda.

Apa yang menarik perhatian netizen, apabila  teman wanita berkaca mata bertudung hitam sempat melemparkan senyuman kepada si isteri sambil berjalan.

Lebih menyakitkan hati isteri apabila suaminya melindungi kekasihnya sambil jalan dan meninggalkan isternya sampil berjalan keluar dari tapak ekspo perniagaan.

“Aku ini bini kau, kau tak ada muka ke,” jerit wanita itu lagi sambil mengejar suaminya.

Insiden berkenaan sekali gus menarik perhatian para pengunjung di ekspo itu yang bertindak bersorak kepada pasangan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast