Di tengah-tengah peperangan dan pengepungan, 100 penghafaz lelaki dan wanita membaca al-Quran dalam satu sesi di dalam pusat perlindungan di bandar Jabalia, utara Semenanjung Gaza. Foto FB Friends of Paletine.

GAZA CITY – Rakyat Palestin berada ke jalan raya di Gaza sambil membaca takbir, memuji Allah, menandakan berakhirnya Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perayaan tersebut diadakan di tengah-tengah serangan udara Israel, menyaksikan kemusnahan yang meluas dan kekurangan makanan ketika pengepungan menyeluruh Israel ke atas Semenanjung Gaza melangkaui enam bulan.

Bilangan kematian di Gaza kini mencecah 33,207 orang dengan 13,000 daripadanya adalah bayi dan kanak-kanak.

Manakala lebih 8,000 lagi masih hilang dan dipercayai berada di bawah timbunan bangunan yang musnah.

Menurut Kementerian Kesihatan Pihak Berkuasa Palestin, sejumlah 75,930 lagi rakyat Palestin di Gaza cedera dalam serangan berterusan Israel di Gaza dan Tebing Barat.

Sejumlah 14 orang yang terbunuh di kem Nuseirat dalam serangan terbaharu Israel dan mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Syahid Al-Aqsa, kata Bulan Sabit Merah Palestin.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast