ANKARA – Beberapa wartawan cedera dalam serangan Israel di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza pada hari Jumaat.

Kejadian itu menyebabkan kaki kanan wartawan Sami Shehadeh terpaksa dipotong.

Mangsa juga mengalami pelbagai luka di seluruh badan, menurut sumber perubatan kepada agensi berita Anadolu.

Seorang wartawan TRT Arabic Türkiye pula cedera ringan dalam serangan Israel, kata sumber di Hospital Syahid Al-Aqsa.

Muhammad Al-Sawalhi, seorang lagi wartawan, turut cedera selepas serpihan terkena tangan kanannya dalam satu lagi tembakan meriam Israel di kawasan yang sama.

Ini bukan kali pertama tentera Israel menyasarkan wartawan di Gaza yang telah berlangsung lebih setengah tahun.

Sekurang-kurangnya 140 wartawan telah terbunuh akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023.

Sejak pagi Khamis, kem Nuseirat telah menyaksikan serangan artileri dan udara Israel yang sengit, bertepatan dengan pengumuman tentera Israel mengenai operasi ketenteraan di kawasan utara kem di tengah Semenanjung Gaza.

Lebih 33,600 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza sejak perang bermula. – Agensi