KUALA LUMPUR – Keadaan di beberapa lebuh raya dilapor perlahan susulan pergerakan pulang warga kota selepas sambutan Aidilfitri.
Menerusi hantaran di Facebook, konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) memaklumkan, keadaan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bergerak perlahan dari Bentong ke Bukit Tinggi sejak pukul 9.40 pagi tadi.
Katanya, keadaan kenderaan perlahan dilapor sejauh 4.6 Kilometer (km) dari km 67.8 hingga km 63.2. dari km 58.1 hingga km 49.2 bermula Bentong ke Bukit tinggi dengan Kesesakan sejauh 8.9 km.
“Trafik perlahan susulan pertambahan aliran trafik,” katanya.
Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan, trafik perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Seberang Jaya ke Perai, Juru ke Plaza Tol Juru, Taiping Utara ke Changkat Jering dan Hentian Bukit Gantang ke Bukit Berapit.
Katanya, trafik turut perlahan dari Kuala Kangsar ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak sebelum Terowong Meru dan dari Gopeng ke Gua Tempurung.
Sementara itu, kemalangan dilapor berlaku di KM 327.3 arah Selatan Lebuhraya PLUS dari arah Tapah ke Bidor menyebabkan aliran trafik perlahan namun, tiada lorong yang terhalang. – MalaysiaGazette