KUALA LUMPUR – Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa umat Islam supaya bersatu tanpa mengira perbezaan ideologi politik ketika agama Islam terus dihina.
Ketua Pemuda UMNO berkata, sudah tiba masanya untuk mengetepikan perbezaan itu dengan menguatkan ummah.
“Ketika agamamu dihina sebegini rupa masih juga kita tidak sedar, lebih baik mati sahaja.
“Bersatulah umat Islam tidak kira perbezaan ideologi politik. Kerana penyatuan ummah itu menjadi kekuatan ummah untuk tidak dipandang hina.
“Sudah tiba masanya, ketepikan perbezaan kita kuatkan ummah,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.
Akmal berkata demikian sebagai mengulas satu lagi tindakan menghina Islam, apabila sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat didapati menjual alas kaki tertera gambar Kaabah.
Akmal turut memuat naik gambar petikan laporan media berhubung perkara itu.
Terdahulu hari ini, media melaporkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak berdiam diri dengan isu penjualan alas kaki memaparkan gambar Kaabah di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat, seperti tular di media sosial sehari sebelum Aidilfitri lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tindakan mengenai perkara itu sudah diambil JAINJ sejurus menerima aduan awam, termasuk merampas 11 alas kaki itu Selasa lepas.
Katanya, pengurusan pasar raya berkenaan sudah dipanggil bagi memberi keterangan dan diberi amaran, agar lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat serta agama.
Isu berkenaan menjadi hangat setelah beberapa pengguna lamana soial berkongsi mengenai perkara itu.
Ada netizen yang terkejut apabila mengamati gambar tertera di alas kaki terbabit adalah Kaabah. – MalaysiaGazette
Lepas tu salahkan Dr. Akmal..salahkan org Islam…kononnya menjadi perpecahan rakyat…tp babi2 ni yg tak serik2 buat provokasi…yg mula2 menghina Islam, play victim…Yg DAP rasis giler..play victim juga…tp babi2 ni duk tuduh Dr. Akmal dan org Islam sbg pencetus perkauman laa bagai…sape yg mula dulu hanat??