Keadaan kereta Proton Saga SL 1.3 yang dinaiki empat orang penumpang hangus terbakar selepas terbabit kemalangan di Jalan Ulu Gali -Jelu dekat Raub pada tengah malam tadi.

RAUB – Seorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) rentung terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ulu Geli – Jelu dalam nahas malam tadi.

Ia berlaku selepas kereta dipandu bapanya terbabas dan merempuh pokok serta terbakar kira-kira 12.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Superitendan Mohd Shahril Abdul Rahman, ketika kejadian, kereta dinaiki empat sekeluarga itu dalam perjalanan pulang dari Kampung Ulu Dong, Raub ke Petaling Jaya.

Mangsa, Nurul Izati Yunus, 23, dikatakan tersepit dalam kenderaan gagal diselamatkan meskipun  bapa mangsa telah cuba menyelamatkannya  dengan menarik keluar dari kenderaan apabila mula terbakar.

Anggota bomba dari Balai Bomba Raub memadamkan kebakaran membabitkan kemalangan empat sekeluarga di Raub.

”Mangsa sekeluarga dikatakan dalam perjalanan pulang beraya Aidilfirti dan kereta dipandu oleh ayah mangsa berusia 66 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku setelah kereta dipandu ayah mangsa terbabas dan melanggar pokok serta terbakar.

“Kereta itu hangus sepenuhnya dan mayat mangsa dalam keadaan rentung ditemui di selepas api dipadamkan.” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Shahril, mangsa yang cedera dihantar ke mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk menerima rawatan manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai dan menyebabkan kemalangan maut. – MalaysiaGazette