Anggota bomba membawa keluar mayat remaja lemas.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lemas ketika cuba menyeberang lubuk di Air Terjun Sungai Kedondong hari ini.

Komander operasi bomba dan penyelamat, Mohd Yusof Md Ali berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.28 petang.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa naik oleh orang awam sebelum bomba tiba.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnta,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Difahamkan mangsa bersama 10 rakan-rakannya datang ke situ sebelum disedari hilang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast