MOSCOW – Syarikat penerbangan Rusia ke Israel, Iraq dan Jordan telah digantung susulan ketegangan serantau, kata Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia pada Ahad.
“Ia digantung sehingga sekatan ditarik balik,” katanya.
Iran telah melepaskan berpuluh-puluh dron dan peluru berpandu ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap pengeboman Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April lalu. – Agensi