A Kadir Jasin
A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa untuk segera mencari kaedah dalam meningkatkan hasil makanan negara, kata wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin.

Jelasnya lagi, kerajaan perlu menghentikan bermulut manis dengan menjanjikan perkara-perkara kosong mengenai pertanian jika tidak mahu krisis makanan menjadi kenyataan di Malaysia.

“Yang membimbangkan adalah penghasilan (productivity) pertanian kita bukan semakin meningkat malah menurun, khususnya pengeluaran makanan.

“Terbaharu adalah cadangan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, supaya kita makan ubi kayu sementara menunggu isu kekurangan/kehilangan dan harga beras putih tempatan (BPT) diatasi.

“Buat masa ini, kekurangan atau ketidakstabilan pasaran beras tidaklah begitu teruk sampai kena makan ubi kayu sebagai makanan ruji macam pada zaman penaklukan Jepun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Kadir lagi, kerajaan perlu mencari langkah segera bagi menangani krisis makanan daripada berlaku yang akan memberikan kesan kepada negara dan rakyat.

“Kelemahan ringgit, harga beras di pasaran dunia yang semakin meningkat dan keadaan cuaca global yang tidak menentu adalah antara faktor yang mengancam harga dan bekalan beras dalam dan luar negara,” katanya lagi.

Johari sebelum ini mencadangkan agar rakyat berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat.

Beliau turut mencadangkan agar rakyat menggantikan beras dengan sumber lain seperti ubi kayu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast