KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memanggil pemilik akaun media sosial, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan esok.
Rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan
dijalankan di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya manakala untuk Papagomo pula di Balai Polis Setapak.
Rakaman percakapan itu susulan aduan berkenaan kandungan
yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
“Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu,” kata SKMM dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette