KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim terkesan mendengar kisah anak Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang telah berbulan-bulan tidak menikmati telur dan buah tembikai.
Menerusi hantaran di Facebook Perdana Menteri berkata, semua itu adalah disebabkan situasi perang yang berlaku di Gaza ketika ini.
Katanya, beliau mendengar kisah itu yang diceritakan oleh Muhammad Nadir sendiri mengenai keterujaan anak-anaknya menikmati telur yang merupakan makanan asas.
“Saya mendoakan saudara Nadir dan keluarganya dapat meneruskan kehidupan dengan tenang.
“Insya-Allah, saya akan terus membantu sedaya upaya dalam memudahkan urusan menyalurkan bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada rakyat Palestin,” katanya.
Mnceritakan lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertemu dengan Muhmmad Nadir yang merupakan aktivis kemanusiaan di Kompleks Sri Perdana, hari ini.
Katanya, mereka berdua gembira melihat isteri dan anak-anak Muhammad Nadir yang kini berada dalam keadaan baik selepas melalui penderitaan yang panjang di Semenanjung Gaza.
“Kami berbicara panjang terkait penderitaan rakyat Palestin, pendirian Malaysia serta pengalaman anggota keluarganya keluar dari zon konflik sebelum pulang ke Malaysia,” ujarnya.
Sebelum ini media melaporka Muhammad Nadir, membawa keluar anaknya yang mengalami komplikasi pernafasan daripada Gaza susulan keadaan semakin getir akibat perang.
Muhammad Nadir berkata, beliau cuba bertahan dengan setiap keperitan dilalui keluarganya, termasuk berdepan bedilan roket tentera Israel setiap hari. – MalaysiaGazette
alhamdulillah semuga Allah melimpahi rahmatNya kpd DSAI Dan seluruh kepimpinan kerajaan perpaduan biar pun adakalanya usaha gigih DSAI tidak dihargai, Kami sbg rakyat negara ini yg sering mengikuti perkembangan terkini tidak pernah putus berdoa kpd Allah, semuga dikurniakan keberkatan Dan InsyaAllah kerajaan perpaduan Madani kekal memerintah demi kesejahteraan negara Dan rakyat