Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang diramal berlaku di beberapa kawasan di enam negeri sehingga tengahari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, cuaca itu diramal melanda di beberapa kawasan di Semenanjung termasuk seluruh Pulau Pinang, Hulu Langat di Selangor; Bentong dan Temerloh di Pahang Negeri Sembilan di Jelebu serta Johor di Pontian.

Keadaan sama turut diramal berlaku di Sarawak membabitkan kawasan Bintulu dan Miri iaitu di Subis dan Miri.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Tmabhnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – MalaysiaGazette