IMBAS KEMBALI. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani Selangor 2023 di Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 MEI 2023.

PUTRAJAYA – Majlis Sambutan Aidilfiri MADANI bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun ini akan diadakan di tujuh buah negeri berikut : 

(i) Johor pada 18 April 2024 (Khamis);

(ii) Sabah pada 20 April 2024 (Sabtu);

(iii) Melaka pada 22 April 2024 (Isnin);

(iv) Kelantan pada 2 Mei 2024 (Khamis);

(v) Kedah pada 4 Mei 2024 (Sabtu);

(vi) Pulau Pinang pada 5 Mei 2024 (Ahad) dan

(vii) Terengganu pada 9 Mei 2024 (Khamis).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Majlis Sambutan Aidilfitiri MADANI, penganjuran itu merupakan satu bentuk kerjasama kerajaan negeri selaku tuan rumah dan Kementerian peneraju sebagai pelaksana bersama.

“Majlis ini akan turut dihadiri Perdana Menteri sebagai tetamu utama serta barisan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain.

“Penganjuran majlis ini juga dapat memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di samping membenarkan barisan pemimpin untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakyat.

“Selain itu, ianya juga memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk meraikan hari kebesaran umat Islam bersama-sama pemimpin di peringkat persekutuan dan negeri,” katanya lagi.

Negeri Johor sebagai pelaksana pertama Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI pada Khamis ini akan mengadakan majlis itu di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall bermula 4 petang hingga 7 malam dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Pertahanan  (MINDEF) sebagai kementerian peneraju.

“Seterusnya, Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu ini bermula dari 10.30 pagi hingga 3 petang dengan kerajaan negeri sebagai tuan rumah dan Kementerian Perpaduan Negara sebagai kementerian peneraju,”  jelasnya lagi. – MalaysiaGazette