Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang ditahan polis kerana disyaki membunuh anaknya berusia enam bulan di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Kajang akan dituduh di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yang berusia 25 tahun itu akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Mohd Zaid berkata, bayi yang diterima dalam keadaan tidak sedar diri itu dihantar ke Hospital Kajang sebelum disahkan meninggal dunia.

Hasil laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi disebabkan perbuatan jenayah. -MalaysiaGazette