Pasukan bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran - Foto Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR – Tiga unit bangunan kedai hangus dalam kebakaran di Jalan Tapah, Sibu, Sarawak.

Komander Operasi Kanan, Penguasa Kanan Bomba I, Andy Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.17 pagi.

“Kebakaran yang berlaku melibatkan 3 unit lot bangunan kedai dua tingkat jenis kekal.

“Bahagian bawah lot kedai tersebut dijadikan sebagai kilang pemprosesan dan gudang penyimpanan produk. Anggaran keluasan kedai tersebut ialah 100 x 200 kaki persegi, “katanya.

Menurut beliau, bangunan tersebut merupakan gedung aiskrim, gedung minyak masak dan gedung pemprosesan arak.

Seramai 20 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dan Merah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Gedung pemprosesan arak musnah 100 peratus manakala yang lain masih dalam anggaran.

“Operasi dapat dikawal pada jam 2.16 pagi. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast