Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR – Dua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menyokong tindakan Presiden UMNO yang tampil memfailkan Afidavit Tambahan bagi menyokong petisyen Datuk Seri Najib Razak berhubung kewujudan Titah Adendum mengenai tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri terbabit.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan yang dibuat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri itu menjadi manifestasi usaha pembelaan terhadap Najib.

Ahmad Zahid, katanya, melaksanakan amanah parti, katanya dalam satu kenyataan.

Bagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat percaya tindakan Ahmad Zahid membuktikan beliau sentiasa konsisten berusaha dalam pembelaan terhadap Najib.

“UMNO Terengganu memohon supaya pihak berkuasa melaksanakan Titah Adendum berhubung dengan pengampunan Najib sesuai dengan proses perundangan negara agar perkara ini tidak menjadi polemik berpanjangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, UMNO Terengganu menggesa semua pihak bertenang dan menerima proses yang dibenarkan di bawah kuasa Perlembagaan Yang Di-pertuan Agong seperti mana pengampunan yang pernah diberikan kepada individu-individu lain sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast