Kredit : Fb Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.

Menerusi catatan dalam Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri berkata Musa juga menjadi watak yang gigih meneguh perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

“Saya ucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Tun Musa Hitam. Semoga Tun terus sihat dan terus memainkan peranan menyemarak perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Tun Musa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-90 hari ini. Alhamdulillah, orangnya masih bertokoh dan segak,” kata Anwar.

Menerusi catatan itu, Perdana Menteri turut berkongsi beberapa keping gambar sambutan hari lahir Musa di Johor Bahru.

Musa menjadi Timbalan Perdana Menteri kelima dari 1981 hingga 1986. – BERNAMA