KUALA LUMPUR – Reputasi Kumpulan JL99 tidak perlu dipertikaikan dalam sektor hartanah dan pembinaan

Membariskan pelbagai projek pembangunan termasuk yang terbaru 99 Residence dan 99 Legend yang menekankan kualiti sebagai kunci utama dengan harga terbaik.

Berpegang pada konsep mid-high end living – tidak hairan projek pembangunan dibawa JL99 sentiasa menjadi rebutan.

Terkini, Pengerusi Eksekutif kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff B K Lee berkata, usaha gigih syarikat untuk menghasilkan produk berkualiti terbukti apabila syarikat tersebut menerima empat anugerah.

Kesemua anugerah tersebut masing-masing menekankan kualiti projek hartanah dibangunkan sebagai kriteria utama dan JL99 berhasil melepasi semua tapisan.

“Ada banyak projek pembangunan di seluruh negara tapi saya tahu kelebihan JL99 yang tidak boleh dinafikan. Pelanggan juga tahu jika mereka memilih JL99, tidak akan ada kompromi dalam aspek kualiti,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Empat anugerah itu jelas Jeff menyaksikan JL99 muncul sebagai pemenang bagi kategori Eminent Eagles Award dan Top 2 Winner of Eminent Eagle Award.

“Dua lagi anugerah dimenangi pada dan JL99 bagi anugerah ini muncul sebagai pemenang bagi kategori Property Excellence Awards, dan SCBEA Top 10 (PAT) Awards,” katanya.

Difahamkan, syarikat beprestij itu juga bakal menerima lima lagi anugerah yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Fasa pertama projek kediaman 99 Residence sudah terjual sebanyak 99 peratus.

“Penyerahan kunci untuk fasa pertama ini sudah dibuat Januari lalu dan kini jualan dibuka untuk fasa kedua. Pelanggan berpeluang memiliki kediaman bertaraf mewah dengan ansuran bulanan RM2,100 sebulan untuk fasa kedua,” ujarnya.

Pembeli bertuah juga berpeluang menikmati ansuran percuma selama lima bulan selagi kuota masih ada

“Perlu ditekankan bahawa setiap pembeli juga berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan, termasuk wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM3 juta,” katanya.

Bagi pihak yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila hubungi Amanda 0127715399 atau layari laman rasmi JL99 Group. – MalaysiaGazette