KUALA LUMPUR – RHB Banking Group (RHB) kumpulan tersebut telah menggerakkan secara kumulatif sebanyak RM23.8 bilion dalam perkhidmatan kewangan mampan menjelang akhir tahun kewangan 2023, melepasan sasaran awal sebanyak RM20 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rashid Mohamad berkata, daripada jumlah ini sebanyaj RM11.3 bilion disalurkan kepada aktiviti hijau, termasuk projek tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian kecekapan tenaga.
Katanya, ia menyumbang ke arah matlamat kumpulan untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050.
“Mengambil kira pencapaian kami yang kukuh sehingga hari ini, kami telah meningkatkan sasaran (perkhidmatan kewangan mampan) kepada RM50 bilion pada 2026,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurut Mohd Rashid, strategi RHB untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050 menumpukan pada pengurangan pelepasan yang dibiayai daripada lima sektor berimpak tinggi.
Tambah beliau, ia membabitkan bekalan tenaga, minyak sawit, minyak dan gas, hartanah dan pembinaan serta pengangkutan.
Jelasnya, sektor tersebut adalah hampir 60 peratus daripada pendedahan kewangan RHB dan lebih 80 peratus pelepasan yang dibiayai.
Mohd Rashid berkata, kumpulan menyasarkan pengurangan 20 peratus dalam sektor itu pada 2030 dan 96 peratus pada 2050. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: