AntaraaAhli keluarga yang mengiringi jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar untuk dibawa ke Masjid Negara, Kuala Lumpur dari Shah Alam. Foto WAN NABIL NASIR, 20 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar dibawa ke Masjid Negara, di sini, untuk pengurusan pengkebumiannya.

Van yang membawa jenazah bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu dari Masjid Al-Ikhlas, Shah Alam tiba di Masjid negara pada jam 11.05 pagi.

Jenazah akan dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Negara sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.

Allahyarham Mohammed Hanif meninggal dunia pada jam 2.15 pagi.

Sementara itu, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Khalid Abu Bakar: bekas Timbalan KPN, Tan Sri Mazlan Mansor dan pegawai-pegawai kanan Bukir Aman berada di Masjid Negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast