Malaysia Gazette @MalaysiaGazette · 3m Keranda jenazah Allahyarham bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar dilitupi Jalur Gemilang di Masjid Negara ketika solat jenazah yang isertai hampir 1,000 orang termasuk keluarga warga PDRM

KUAALA LUMPUR: Lokasi pengebumian jenazah bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar, diubah ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, di sini.

Sebelum ini jenazah dilaporkan akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, seperti dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain kepada media.

Pertukaran lokasi itu difahamkan dilakukan atas permintaan ahli keluarga Allahyarham.

Terdahulu jenazah Mohammed Hanif disembahyangkan di Masjid Negara selepas solat Zohor sebelum di bawa ke tanah perkuburan tersebut. – MalaysiaGazette