KUALA LUMPUR – “Marilah sama-sama mendoakan agar urusan penerbangan dan perjalanan mereka dipermudahkan serta selamat sampai ke destinasi,” menurut pasukan 503 Squadron.
Itu merupakan kata-kata dan doa Skuadron 503 ketika menghantar dua buah pesawat HOM AW139 bersama 9 kru udara dan 11 juruteknik pesawat ke Lumut, Perak, 19 April lalu yang dikongsikan dalam Facebook Skuadron 503.
Dalam hantaran itu, pasukan tersebut berkongsi gambar-gambar Kru Skuadron 503 bersama aset-aset yang menyertai Lintas Hormat sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April 2024 dan demonstrasi udara di Hari Terbuka Armada pada 3 hingga 5 Mei 2024 di Pangkalan TLDM Lumut.
Sayunya apabila hantaran itu turut memaparkan lambaian daripada rakan-rakan kru,” tulis pasukan Skuadron 53.
Mereka antara yang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter bertembung dan terhempas di kawasan kolam renang dan stadium di Pangkalan TLDM.
Seramai 10 orang kru terkorban dalam tragedi yang berlaku ketika aset TLDM itu menyertai raptai.
Dalam hantaran itu, Skuadron 53 turut berkongsi gambar taklimat pra penerbangan yang disampaikan oleh Lt Kdr Shamsul TLDM di Briefing Room RS Nest Stesen Udara Kota Kinabalu (SUKK).
Taklimat itu, katanya, merangkumi keadaan cuaca sepanjang penerbangan, laluan navigasi, keadaan pesawat dan keselamatan penerbangan.
Taklimat ini mesti dilaksanakan setiap kali sebelum penerbangan.
Selain itu, ia turut memaparkan gambar Kru Udara Skuadron 503 yang akan menerbangkan HOM AW139 ke Pangkalan TLDM Lumut Perak diketuai Pegawai Memerintah Skuadron 503, Kdr Muhammad Firdaus Ramli TLDM (5 dari kanan). – MalaysiaGazette