Sunday, December 15, 2024
Home Nasional Mahkamah akan mula dengar rayuan kes solar Rosmah pada Oktober

Mahkamah akan mula dengar rayuan kes solar Rosmah pada Oktober

Datin Seri Rosmah Mansor

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan 23 dan 24 Oktober tahun ini bagi pendengaran kes rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sabitan rasuah dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta berhubung kes projek solar hibridnya.

Sepatutnya pendengaran rayuan sebelum ini dijadualkan pada Julai namun mahkamah membenarkan penangguhan selepas adanya kes mengetepikan bekas mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai kes sebelum ini.

Media dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn mengesahkan keputusan pengurusan kes hari ini di hadapan pendaftaran rayuan.

Pada 1 September tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohamad Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.
Beliau kemudian memfailkan rayuan terhadap sabitan serta hukuman terhadapnya dan Mahkamah Rayuan menetapkan empat hari dari 11 hingga 14 Julai untuk mendengar rayuan itu.
Semasa perbicaraan kes itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Nadia Mohd Izhar dan Poh Yih Tinn.
Selain Jagjit Singh, pihak pembelaan juga dibarisi peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader dan Azrul Zulkifli Stork. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast