Mangsa membuat laporan polis sejurus mendapati premisnya dirosakkan bekas penyewa.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000 selepas premisnya dirosakkan bekas penyewa dalam kejadian di Semenyih, Selangor pada 20 April lalu.

Menurut Tham Kah Vore, 52, dia menyewakan sebuah premis perniagaan kepada lelaki yang memiliki status penduduk tetap (PR) pada November lalu konon mahu mengusahakan perniagaan berasaskan makanan Pakistan.

“Bagaimanapun, lelaki tersebut gagal membayar sewa bagi tempoh dua bulan sebelum diminta mengosongkan premis.

“Susulan itu, dia meminta lanjutkan tempoh pengosongan atas alasan mahu mencari premis lain namun, pada Sabtu lalu saya dapati premis itu bukan saja dikosongkan tapi pintu cermin serta peralatan lain sengaja dirosakkan.

“Saya mengalami kerugian lebih RM50,000 akibat tindakan penyewa tersebut dan kini terpaksa meminta khidmat guaman daripada Pertubuhan Kebajikan Masyrakat Malaysia (PKMM) untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Sementara itu, Presiden PKMM, L. Francis berkata, pihaknya menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut kerana bimbang insiden sama berulang kepada pemilik premis lain.

“Kita percaya ramai pemilik premis berdepan situasi dengan perangai penyewa sebegini, jadi tindakan mesti dibuat agar ia menjadi pengajaran kepada orang lain.

“Kita juga akan membantu pemilik premis mendapatkan ganti rugi daripada penyewa tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Terlalu ramai penyewa tempatan yg menyewa kepada warga asing kononnya boleh dipercayai..sekarang jelas perangai gorila mereka terserlah..

Comments are closed.