Tetamu yang hadir berpeluang melihat dan mencuba secara dekat jenis-jenis senjata yang dipamerkan pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-17 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2022.

ISTANBUL – Perbelanjaan ketenteraan global meningkat sebanyak 6.8% kepada paras tertinggi dalam sejarah iaitu AS$2.44 trilion pada 2023, berbanding 2022, kata Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm.

Ia adalah kenaikan tahunan paling tinggi sejak 2009 dan peningkatan tahun kesembilan berturut-turut kata institut itu.

Sebanyak 10 negara merekodkan perbelanjaan tinggi pada tahun lalu iaitu Amerika Syarikat (AS), China, India, Arab Saudi, United Kingdom, Jerman, Ukraine, Perancis dan Jepun.

AS membelanjakan lebih 2.3% atau AS$916 bilion tahun lalu untuk ketenteraan, diikuti oleh China AS$296 bilion, naik 6%.

Manakala Rusia belanja AS$109 bilion, melonjak 24%.

Perbelanjaan ketenteraan Ukraine pada 2023 adalah 59% dariipada saiz perbelanjaan ketenteraan Rusia.

Bagaimanapun Ukraine juga menerima sekurang-kurangnya AS$35 bilion bantuan ketenteraan sepanjang 2023, termasuk AS$25.4 bilion daripada AS.

Tahun lepas, 31 anggota NATO membelanjakan $1.34 trilion untuk tentera, yang bersamaan dengan 55% daripada perbelanjaan ketenteraan dunia.

AS mewakili 68% daripada jumlah perbelanjaan ketenteraan Perjanjian Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 2023, tetapi kebanyakan ahli NATO Eropah turut meningkatkan perbelanjaan ketenteraan mereka.

Perbelanjaan ketenteraan yang diramalkan di Timur Tengah meningkat sebanyak 9% kepada AS$200 bilion tahun lepas, mencatatkan peningkatan tahunan tertinggi yang dilihat dalam dekad yang lalu.

Perbelanjaan ketenteraan Israel kedua terbesar di rantau tersebut selepas Arab Saudi yang menyaksikan peningkatan sebanyak 24% kepada AS$27.5 bilion pada 2023. – Agensi