PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Satu tengkorak dan tulang manusia yang belum dikenal pasti identiti ditemui di Hutan Kledang Sayong, Ipoh, Perak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pada jam kira-kira 11 pagi mengenai penemuan tengkorak dan tulang oleh orang awam.

“Barang kes dijumpai bukan di kawasan laluan para pendaki dan post mortem akan dijalankan pada hari ini untuk mencari punca sebenar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Abang Zainal Abidin, kes diklarifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pusat kawalan daerah (DCC) Ipoh untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette