"Sayang ikut abang, hantar abang. Abang, kuku sayang dah panjang.. nanti sapa nak tolong potong macam selalu.. sayang tak pandai, tulis Siti Aisyah di media sosialnya.

SENAWANG – Isteri kepada Allahyarham Mohammad Amirul Faris Mohamad Marzukhi memuatnaik status hiba mengenai pemergian suaminya lewat petang tadi.

Siti Aisyah Mohd Roslan yang membuat status itu ketika mengiringi jenazah suaminya dari Ipoh, Perak ke sini dan memaklumkan dia tidak lagi akan berkesempatan untuk dipotong kuku oleh suaminya lagi.

“Sayang ikut abang, hantar abang. Abang, kuku sayang dah panjang.. nanti sapa nak tolong potong macam selalu.. sayang tak pandai.

“Takpa, nanti sayang minta mama potongkan ya. Abang jangan risau,” tulisnya semasa menemani jenazah menaiki van  kembali ke Taman Senawang Perdana.

Beberapa jam sebelum itu, Siti Aisyah berkata, Allahyarham Mohammad Amirulfaris sempat menghadiahkan gubahan bunga kepadanya sempena ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.

KENANGAN. Mohammad Amirul Faris Mohamad Marzukhi bersama Siti Aisyah.- Gambar FB

Siti Aisyah menerusi akaun Facebook miliknya memberitahu, dia cukup gembira apabila menerima gubahan bunga tersebut dari suaminya itu.

Allahyarham Mohammad Amirulfaris merupakan salah seorang daripada 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi dua helikopter pasukan itu yang bertembung sebelum terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast