Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah lori yang rosak di KM176 Jalan Johor Bahru – Seremban, malam tadi

Ketua Polis daerah Segamat, Supt. Ahmad Zamry Marinsan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke arah Labis.

Jelasnya, lelaki berusia 21 tahun itu melalui laluan yang gelap dan tiada lampu jalan telah terlanggar kon di belakang lori bermuatan kayu getah yang rosak lalu merempuh bahagian belakang kenderaan tersebut yang diletakkan di bahu jalan.

“Akibat pelanggan itu, penunggang motosikal telah gagal mengawal motosikalnya lalu terlanggar bahagian belakang kanan lori lalu terjatuh dan mengalami kecedaraan parah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini, sambil menambah pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan.

Menurut Ahmad Zamry, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik ambulans Hospital Segamat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Inspektor Mun Anak Nyanggau di talian 07-9325811 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette