Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPPT), Nga Kor Ming tidak mengiyakan mahupun menafikan dakwaan bahawa Setiausaha Akhbar (SUA) beliau akan diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Kor Ming hanya berkata kepada MalaysiaGazette: “Tunggu pengumuman malam ini”.

Media hari ini melaporkan Setiausaha Akhbar kepada Kor Ming, Pang Sock Tao, 31, akan dinamakan sebagai calon DAP untuk bertanding para PRK itu.

Laporan memetik sumber berkata, nama Sock Tao naik secara secara rasmi di pusat khidmat wakil rakyat mereka di Taman Gamelan, Kuala Kubu Bharu.

Wanita dari Ampang, Selangor itu dilaporkan pernah bertugas sebagai penyampai berita untuk Ubah TV, saluran video milik DAP.

Pakatan Harapan (PH) akan membuat pengumuman calonnya bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu depan sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Bharu dan 11 Mei depan sebagai tarikh hari pengundian manakala 7 April sebagai hari mengundi awal.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu, kerusi Kuala Kubu Bharu ditandingi calon Gerakan, Teoh Kien Hong mewakili PN.

Bagaimanapun Teoh kalah kepada mendiang Kee Hiong dengan perbezaan 4,119 undi. – MalaysiaGazette