Foto: APM Kedah

BALING – Sebanyak 21 rumah penduduk di sekitar Mukim Siong, Tawar, Pulai, Bakai dan Mukim Teloi Kanan di daerah ini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut, petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Lt. (Pertahanan Awam) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima aduan daripada orang awam pada 6 petang dan seramai 15 petugas digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang semalam bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kawasan yang terjejas akibat ribut termasuklah tiga buah rumah di Mukim Siong, lapan rumah di Mukim Tawar, tiga rumah di Mukim Pulai, dua rumah di Mukim Bakai dan lima rumah di Mukim Felda Teloi Kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, APM telah membersih dan mengalihkan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas serta pokok yang menimpa rumah penduduk.

“Operasi pembersihan rumah yang terjejas dan kerja memotong pokok-pokok yang tumbang akan diteruskan hari ini,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast