Kon Yeow pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bukit Gelugor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)  meluluskan RM3.3 juta bagi projek membina semula Kompleks Makanan Taman Tun Sardon demi suasana selesa para pengunjung serta peniaga di sini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerja-kerja pembinaan itu akan bermula Ogos ini dan dijangka mengambil masa 15 hingga 18 bulan untuk disiapkan.

“Pembinaan semula kompleks ini membabitkan kos berjumlah RM3.3 juta dan saya difahamkan ia akan menyebabkan sedikit gangguan kepada kompleks makanan sedia ada.

“Sehubungan itu, saya harap Datuk Bandar (Datuk Ir. A. Rajendran) dan pihak pengurusan MBPP dapat mengaturkan perpindahan sementara ke satu kawasan lapang dalam tempoh projek dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bukit Gelugor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan ADUN Seri Delima, Connie Tan Hooi Peng. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast