KUALA LUMPUR – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dalam keadaan terkawal dan lancar tanpa sebarang kekecohan yang berlaku.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Deputi Komisioner Sasikala Devi Subramanian berkata, semua parti politik yang bertanding telah memberi kerjasama serta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Diharapkan kerjasama yang diberikan dapat diteruskan dari semasa ke semasa sehingga pada hari pengundian kelak agar tiada sebarang insiden tidak diingi berlaku,” katanya.
Menurutnya, seramai 284 orang polis bertugas semasa proses penamaan calon dan dibantu dengan 15 pegawai dan anggota daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor. – MalaysiaGazette