Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu.

Bilik gerakan PRK Dewan Undangan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu yang beroperasi 24 jam mulai 27 April hingga 11 Mei 2024 itu akan ditempatkan di SPRM Negeri Selangor, Lot 1, Persiaran Selangor, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 03-5524 8318 atau 03-5525 6500.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – MalaysiaGazette