KUALA LUMPUR – Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengesahkan penjaga gol berpengalaman, Izham Tarmizi Roslan kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.
“Sesi terakhir untuk penjaga gol kami, terima kasih Izham Tarmizi. Pergi dengan rasa syukur dan kenangan yang tidak terkira. Semoga terus mengorak langkah gemilang dalam karier,” tulis kelab itu di media sosial.
Ketiadaan bekas penjaga gol kebangsaan itu menyaksikan Sri Pahang kini hanya memiliki dua penjaga gol iaitu Zarif Irfan Hashimuddin dan Azfar Arif Mohd Sukri.
Berikutan itu, ketua jurulatih, Fandi Ahmad dijangka mencari pengganti Izham Tarmizi kerana Sri Pahang hanya memiliki dua penjaga gol.
Ketiadaan Izham mengejutkan kerana dia turun beraksi ketika Sri Pahang menentang kelab Singapura, Albirex Niigata pada 16 April lalu.
Namun, pada sesi memperkenalkan pemain dan jersi baharu Sri Pahang di Kuantan, Jumaat lalu, tiada kelibat Izham kelihatan.
Ketiadaan bekas penjaga gol kebangsaan itu menyaksikan Sri Pahang kini hanya memiliki dua penjaga gol iaitu Zarif Irfan Hashimuddin dan Azfar Arif Mohd Sukri. – MalaysiaGazette