Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said melawat tapak porjek naik taraf ubahsuai dan pemuliharaan bangunan Mahkamah Kuala Kubu Baharu. Foto MOHD ADZLAN, 30 APRIL 2024.

HULU SELANGOR – Pengundi-pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu dinasihatkan agar tidak mengikut emosi ketika membuat pilihan pada 11 Mei ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mereka perlu melihat wakil rakyat terdahulu yang mana meskipun mendiang bukan orang Melayu beragama Islam, namun tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan berhemah.

“So, saya minta mereka jangan mudah beremosilah…undi kerana untuk kesejahteraan mereka dan mendiang (Lee Kee Hiong) wakil rakyat pun saya dimaklumkan memang seorang yang bukan Islam, bukan Melayu tapi, dia melaksanakan tanggungjawab tu secara berhemah,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azalina turut menasihatkan pengundi agar tidak terpedaya dengan provokasi atau dakyah yang dimainkan oleh pembangkang sepanjang kempen PRK ini berlangsung.

Katanya, pilihan raya sememangnya menjadi medan pembangkang untuk memperkecilkan musuh-musuh politik mereka.

“Susah saya nak komen, itu pandangan dia, ini masa pilihan raya, inilah masa nak memperkecil-kecilkan musuh politik, mungkin itu cara mereka.

“Tapi, bagi saya yang penting pengundi di Kuala Kubu Baharu kena pilih wakil rakyat yang akan ada untuk membantu mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Jadi, apabila memilih wakil rakyat daripada blok kerajaan lebih mudah untuk masyarakat di sini,” ujarnya.

Sebelum ini, pembangkang menimbulkan beberapa isu sebagai serangan kepada calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili DAP, Pang Sock Tao.

Antara perkara-perkara itu termasuk isu pendidikan calon serta tuduhan kembali kepada pemuda UMNO berhubung provokasi mengani logo parti itu yang dicantumkan dengan logo parti DAP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast