Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Jabur Kubur dan pekan Chukai, di sini antara  11 pagi hingga 3 petang, semalam. 

KUALA LUMPUR – Bayi perempuan warga asing berusia sembilan bulan yang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu disyaki didera telah meninggal dunia pada 26 April lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, bayi malang itu meninggal dunia jam 3.50 pagi, selepas dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya, kira-kira pukul 6.55 petang.

Menurunya, bedah siasat yang dijalankan mendapati wujud elemen jenayah dalam kematian mangsa.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2002, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.

Setakat ini, katanya, polis telah menangkap dua rakan perempuan ibu mangsa dan seorang lelaki tempatan yang juga merupakan teman lelaki kepada salah seorang wanita berkenaan.

Pengasuh mangsa iaitu sepasang suami isteri warga tempatan turut ditahan.

Katanya, tangkapan ke atas suspek-suspek yang berusia 29 hingga 42 tahun itu dilakukan di beberapa lokasi di bandar raya ini.

Mereka semua direman selama enam hari mulai 26 April lalu.

Ibu mangsa, seorang warga Vietnam sedang dikesan. – MalaysiaGazette