Dua penunggang motosikal disyaki halang anggota polis melakukan pemeriksaan dalam sekatan jalan di ampang diberkas polis semalam.Ihsan IPD Ampang Jaya

AMPANG – Dua penunggang motosikal yang bertindak menghalang tugas penjawat awam  dalam sekatan jalan raya di Jalan Pandan Indah, di sini semalam ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, anggota dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Ampang Jaya menahan dua penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dan Suzuki Axelo, pada jam 11.45 pagi.

Menurutnya, semasa anggota bertugas menghampiri motosikal jenis Yamaha Y15, tiba-tiba suspek memulas minyak untuk melarikan diri dari sekatan lalu melanggar anggota berkenaan sehingga menyebabkan penunggang itu terbabas ke bahu jalan dan terjatuh.

“Manakala, seorang lagi suspek yang menunggang motosikal Suzuki Axelo ditahan kerana tidak memberi kerjasama kepada anggota polis untuk membuat pemeriksaan badan dan juga motosikalnya dalam sekatan jalan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 38 tahun itu dibawa ke Balai Polis BSPT Ampang Jaya untuk membantu siasatan lanjut polis.

Semakan lanjut polis mendapati lesen kenderaan motor (LKM) kedua-dua penunggang motosikal itu telah tamat tempoh sah laku dan saman telah dikeluarkan kepada mereka.

“Selain itu, hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua lelaki itu negatif dadah,” katanya.

“Semakan lanjut mendapati suspek pertama (penunggang Yamaha Y15) memiliki 12 rekod jenayah lampau manakala suspek kedua pula mempunyai dua rekod lampau.

“Kedua-dua lelaki itu kini direman selama tiga hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas,” ujarnya.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kenapa masih ada lagi keturunan gorila di negara kita yg telah merdeka selama 67 tahun..adakah sengaja mengundang musibah atau jenis yg tak makan diajar yg bertindak umpama negara kita tidak ada undang undang. Mungkin spesis begini amat memerlukan tindakan yg lebih tegas dari pihak berkuasa. Walk the Talk.

Comments are closed.