Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi utara berketinggian 725 meter dari paras laut telah meletus semula pada awal pagi semalam.

Ketinggian letusan yang dicerap adalah mencapai 63,000 kaki (20km).

Sehubungan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan Amaran Cuaca Penerbangan (SIGMET) kepada operator penerbangan berikutan debu gunung berapi dijangka memasuki ruang udara Malaysia dan boleh mengganggu operasi penerbangan di dalam Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR).

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, debu gunung berapi yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.

Berdasarkan model trajektori daripada National Oceanic and Atmospheric Adminstration (NOAA), debu dan gunung berapi ini dijangka memasuki ruang udara negara dan memberi kesan signifikan sepanjang tempoh ramalan sehingga 5 Mei ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast