KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan geran latihan bagi pelaksanaan Malaysian Indians Skills Initiative (MISI) KESUMA-MITRA dengan dana sebanyak RM30 juta.
Dana tersebut akan disalurkan kepada program-program peningkatan kemahiran untuk belia komuniti India yang akan diterajui oleh KESUMA, menerusi HRD Corp dan dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, inisiatif itu akan
menekankan latihan di bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara.
“Ini selaras dengan aspirasi 3K KESUMA yang bertujuan untuk meningkatkan Kemahiran, Keberhasilan dan Kebajikan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Maklumat lanjut tentang program-program latihan di bawah MISI KESUMAMITRA ini, akan diumumkan tidak lama lagi, katanya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Dana RM30 juta program misi bukti kerajaan tidak pernah abai masyarakat India – MITRA